Saturday, January 16, 2010

mimpi akan bertukar reality?? maybe...


aku tak gosok gigi sebelum tido.aku pon tak basuh kaki.tapi aku tetap mimpi indah. sebab yg indah itu hanyalah mimpi!! realiti?? taik tahu..

yang hilang akan muncul kembali,
mata yg tertutup akan terbuka lagi,
yg berhenti akan sambung berlari,
bila tiba masa,yg sudah berakhir akan dimulai.

p/s aku mati2 ingat hukum karma belasah aku habis2. tapi aku dapat peluang lagi. aku taknak sia2 kan kehidupan aku lagi.


...dan itu aku.

merintih dalam pelukkanku


ada satu yang hilang
didalam hati ku
mengusik lara hati
saat menginginkannya
terapung luluh jiwaku
sejak ia pergi
dan aku hanya diam biarkan ia menghilang
dan untuk selamanya....

Thursday, January 14, 2010

bila terpuruk sendirian dalam bilik....




p/s tak pernah bosan dengan buku....tp x de mase nak cr buku baru...bosan tanpa buku...

blink 182 - i miss u


aku dah terkena nasi kangkang buatan orang.aku tak boleh buat pape.dan aku terbang~hehe.

p/s:aku dah beli byk plaster.so dont worry.im not going to be hurt.as long as you are happy then it's enough for me.


"could you please stop talking about the past,
coz it sooo 2007 and i'm done with it"
...dan itu aku.
kenapa soalan mesti dijawab dengan soalan??

p/s penat sgt dgn pandangan org.

Monday, January 11, 2010

hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Juara lagu

bnyk aku tgk org komen psl pemilihan juri tok peringkat akhir nih..aku pun tak pndi dlm muzik but kite mendengar...so kite leh dgr n nilai..but klu yg mendengar ni bias n dh set kat mind sndiri artis nih best artis nih tak best..takde guna gak..yg sedap akan d katakan tak sedap n yg tak sedap d katakan sedap..hurm kecewa ngan penilaian yg sebegitu...

aku rs tok JL nih nk kata dorang amik lagu yg kuat tak jugak..aku rase dorang kebanyakannye amik yg popular..so aku rase takde lagi istilah lagu terbaik..kene tukar jadi lagu popular..sebab klu tgk list lagu yg kefinal moslty lagu yg popular but bukan yg terbaik..tak nafikan ada gak lagu yg mmg kuat dr segi arrangement nye..ada gak yg kuat dr segi penyampaian dr artisnye..ada gak lagu yg simple but ada sedikit keunikan..so agak susah tok ckp ape sebenarnye nilai yg juri tgk dlm memilih lagu tok ke final...ape yg ptg bg aku lagu yg kuat tak cukup tuk beraksi ke final klu penyampaian,penghayatan dan vokal yg tak kuat...smua tuh pakej.

Dan tiga video perfomance ni adalah yang terbaik unutk malam AJL smlm.. aku mmg dah target dua lagu ni, pergi - Aizat n Dan sebenarnya -Yuna... tak kurang jugak kemantapan Dato ct dalam opening AJL kali ni... so bg aku tiga perfomance ni yang paling terbaik unutk malam semalam.. tahniah!!..







p/s. lagu2 yang membekas di hati... :)

Sunday, January 10, 2010

sang jalanan





semalam aku sempat pusing sekitar kuala lumpur melihat gelagat manusia yang penuh dengan ragam. Dalam masa seminit korang akan dapat melihat lain-lain drama di pentas dunia ni. tapi hati aku tertarik pada dua bro ni yang sedang asik dengan hasil-hasil seni diaorang. name dirahsiakan. hampir 3 tahun kerja dengan hasil seni walaupun agak memeranjatkan sebab mempunyai kelulusan yang lain dari seni, tapi oleh kerana darah seni yang melimpah ke seluruh darahnya, kerjaya seni menjadi punca rezeki sehingga sekarang.

"masa yang paling mengecewakan bagi seorang pelukis ialah pada saat lukisannya selesai, kerana pada saat tersebut ia harus menerima kenyataan, bahwa hasil karyanya itu hanya sekadar benda mati dan tidak seindah seperti yang ia harapkan."

"Setiap lukisan yang dihasilkan memerluan paduan bakat, minat dan dilahirkan dari perasaan". Pelukis itu bukan gila kerana berambut panjang berpakaian simple malah kadangkala buruk tetapi mereka ini mahu tunjukkan itulah pelukis. Kami tak angkuh.. kami tahu bagaimana mahu perpakaian ke majlis makan malam. kami juga tahu cara menutup aurat dan berjalan ke masjid.

Bukan murahnya lukisan jadi ukuran tapi alangkah gembiranya kami pelukis potrait jika tahu bahawa pelangan yang menerima potrait tersebut berkata dalam hati "aku berpuas hati". Maknanya aku hanya berpuas hati apabila pelangan berkata puas hati di dalam hati!.

Malaysia ini masih kurang kesedaran tentang tingginya nilai sebuah lukisan. Harga di Malaysia adalah rendah sahaja. aku rasa kalau aku jual potraitaku dengan harga ini di UK US Jepon dsb, pasti mereka marah kerana mengajar masyarakat untuk tidak pandai menilai seni.
-luahan hati sang jalanan-


this is life

oh, petikan ini aku baca dalam facebook member aku
rasanya, sangat sangat sangat TRUE
kalau tak percaya, cuba korang baca
aku bet, at the end of the phrase
korang akan cakap, "betol.. betol.. betol.."
.
.
.
That is quite true! This is Life
.
Before marriage
He : Yes. At last, It was so hard to wait.
She : Do you want me to leave?
He : No! Don't even think about it.
She : Do you love me?
He : Of course! Over and over!
She : Have you ever cheated on me?
He : No! Why are you even asking?
She : Will you kiss me?
He : Every chance i get
She : Will you hit me?
He : Are you crazy? I'm not that kind of person!
She : Can i trust you?
He : Yes.
She : Darling!
.
After marriage
simply read again from BOTTOM TO TOP
.
hahahahhahaha

(part 4) Biacara Hati

Zahlia sedang membaca novel Hati Seorang Wanita sambil berbaring ketika Tengku syahran masuk ke biliknya lewat malam itu. Segera Zahlia bingkas bangun apabila terlihat wajah lelaki itu di muka pintu. Hati Zahlia berdebar tiba-tiba.
Tengku syahran hanya melirik sekilas ke arah Zahlia sebelum dia melabuhkan punggung di sofa panjang yang terdapat di hujung katil. Heningnya suasana yang menemani mereka saat itu. Zahlia kaku. Tengku syahran membisu. Yang kedengaran hanyalah bunyi angin yang berdesir masuk melalui lubang tingkap yang terbuka luas.

Kau betul-betul maksudkan kata-kata kau pada mak tadi?? soal Tengku syahran memecah kesunyian antara mereka. Bahasanya tetap kasar sejak petang tadi.

Zahlia menutup novel yang dibacanya itu dan memandang Tengku syahran dengan pandangan yang agak pelik. Zahlia takut sebenarnya. Mana perginya sifat dan bahasanya yang lemah lembut? Dulu bukan main lagi pujuk aku suruh tolong dia, ber saya? dan ber awak? konon. Penipu!

Kenapa? Awak percaya ke?? tanpa menjawab soalan Tengku syahran, Zahlia menanyakan soalan lain pula.

Entahla. Tapi tengok gaya kau cakap tadi macam percaya. Kau betul-betul nak? Aku tak kisah! Sekarang jugak kau boleh dapat, ucap Tengku syahran bersahaja.

Tengku syahran lantas bangun dan mengunci pintu. Zahlia terkesima. Lebih laju jantungnya berdegup. Tengku syahran berpaling dan tersenyum. Makin melemahkan urat-urat sendi Zahlia. Zahlia tidak senang duduk.

Gila!. Awak dah lupa tentang syarat ketiga? Awak tak dibenarkan menyentuh saya walaupun kita halal untuk berbuat demikian! Zahlia mengingatkan syarat perjanjian.

Itu kita tolak tepi. Yang penting malam ni kita seronok! ucap Tengku syahran yang semakin mendekati Zahlia.

Syah! Saya dah tolong awak. Ingat! Awak pernah kata awak takkan usik hak privasi saya, Zahlia mengingatkan lagi.

Sebenarnya Tengku syahran masih ingat tetapi dia sengaja mahu mengusik. Kekagetan wanita itu mencuit hatinya. Langkah Tengku syahran terhenti kemudian dia kembali ke sofa.

Habis, siapa suruh kau bagi mereka harapan? Kalau mereka menanti, bagaimana?. Kau tau tak,, selepas kau masuk tadi, mereka sibuk mencari nama untuk cucu lelaki yang kau janjikan tu, beritahu Tengku syahran.

Biarkanlah.Kalau awak tak buat apa-apa pada saya, tak adanya keluar budak tu pun, jawab Zahlia.
Dahlah syah! Tadi awak sendiri yang cakap,pandai-pandailah guna cara sendiri untuk buat orang percayakan kita.I'm doing my job,? Zahlia membalas kata-kata Tengku syahran.

Tadi awak yang cakap tokok tambah apa yang paut. Saya dah ikut. Mak awak yang timbulkan soal anak. Awak nak suruh saya jawab apa? Beritahu mereka yang kita tak mungkin ada anak?? Zahlia berkata sambil melangkah ke tingkap.

Okay,okay. It's all my fault. Tapi kau kena janji dengan aku yang kau takkan buat macam tu lagi, pujuk Tengku syahran setelah mendapati wajah Zahlia sudah mula keruh.

Zahlia mengetap bibir. Masih merenung gelap malam yang memenuhi ruang seisi alam. Perlahan-lahan dia mengeluh. Betapa kerdilnya dia ketika itu. Terasa menyesal pula kerana setuju dengan tawaran lelaki itu.
Zahlia tunduk. Kalau dikesali sekalipun, tidak guna lagi. Tengku syahran sudah menjadi suaminya pagi tadi. Zahlia berpusing. Dia tersentak apabila mendapati Tengku syahran berada betul-betul dibelakangnya. Lelaki itu sedang memandangnya dengan satu pandangan yang agak luar biasa. Zahlia berdebar-debar.

Syah, apa awak buat ni??

Tengku syahran tersenyum nakal. Kakinya melangkah sedikit ke hadapan untuk menghampiri Zahlia.

Takkan kau nak Tanya lagi? Tadi kau sendiri yang cakap kau tak kisah ada anak dalam tempoh setahun dua ni. Aku nak tuntut apa yang kau cakap,ujar Tengku syahran membuatkan Zahlia tersa bagaikan jantungnya direntap.

Syah, please.Jangan datang dekat saya! Terketar-ketar Zahlia berkata.

Zahlia cuba bergerak ke tempat lain tetapi tidak berjaya. Tubuh Tengku syahran telah pun berada di hadapannya. Ingin ditolak tubuh tu, namun dia tewas. Malah kedua-dua belah tangannya digenggam kemas. Dia tidak mampu menolak lagi. Tengku syahran mula mendekatkan wajahnya ke wajah Zahlia.
Dada Zahlia berombak kencang. Wajah Tengku syahran semakin hampir. Makin terasa hangat hembusan nafas lelaki itu. Perlahan-lahan Zahlia memejamkan mata. Dia takut menghadapi kenyataan yang bakal terjadi. dia benar-benar tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan Tengku syahran terhadapnya. Dia berserah pada keadaan.
Tiba-tiba kedengaran ketawa yang agak kuat. Lantas Zahlia membuka mata. Genggaman yang kuat mencengkamnya tadi akhirnya terlerai. Tengku syahran menjauhkan diri dengan tawa yang masih bersisa. Zahlia mengerutkan dahi.

Kau ingat aku manusia jenis apa? Suka mungkir janji? Mesti kau fikir aku dah hilang akal kan?? soal Tengku syahran sambil melangkah ke katil dengan ketawa yang masih kedengaran. Kemudian dia merebahkan tubuhnya sambil kedua-dua belah tangan dijadikan bantal.

Kau ni kelakarlah Alia. Aku tak seburuk yang kau sangkakan tau,ucapnya lagi.

Zahlia memandang dengan perasaan geram. Dia main-mainkan aku? Kurang ajar betul!

To be continued......

(part3) Bicara Hati

Lega hati mak,kamu dah kahwin Syah. tercapai impian mak nak tgk kamu naik pelamin,ujar Tengku Badariah tiba-tiba. Matanya tepat memandang anak lelaki keduanya.

Zahlia terharu mendengar ucapan yang baru lahir dari mulut emak mertuanya. Bagaimana agaknya hati wanita ini bila mengetahui cerita sebenar?

Sekarang mak dah ada cucu perempuan. Alia, lahirkan mak cucu lelaki pulak,� pinta Tengku Badariah membuatkan Zahlia tergamam. Segera matanya melirik ke arah Tengku syahran yang sedang tersenyum-senyum itu. Matanya dialih ke arah Tengku Ismail yang juga sedang tersengih penuh makna. Kenapa dengan syah ni? Selamba aje. Mak dia tengah
mintak yang bukan-bukan, dia boleh tersengih macam kerang busuk. Baik!! Aku guna cara aku! Hatinya memberontak.


Bolehkan Alia?� Soal Tengku Badariah lagi.

Zahlia mengetap bibir. Wajahnya tunduk dan sesekali jari telunjuknya menggaru-garu dahinya yang tidak gatal.

Alia?� sapa Tengku Badariah lagi.

Zahlia menarik nafasnya dalam-dalam

Mak tanyalah pada abang. Kalau abang mahu anak dalam setahun ni,Alia tak kisah..tiba-tiba Zahlia menjawab.

Tengku Ismail dan Tengku Badariah berpandangan manakala Tengku syahran bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang baru didengarnya.
Kalau itu jawapan Alia, mak gerenti Syah takkan membantah. Dia mesti ikut cakap mak, jawab Tengku Badariah dalam nada gembira.

Tapi sebelum kahwin, abang dah pesan yang dia tak mahu anak dalam setahun ni. Susah katanya! Kalau ikut Alia, memang Alia nak mak.. ujar Zahlia lagi. Tengku syahran terkejut mendengar kata-kata itu. Beraninya dia!

Eh, apa pulak begitu? Anak kan pembawa rezeki.. Tengku Badariah berkata seolah-olah marah.

Zahlia mengerling ke arah Tengku syahran dengan senyuman yang terukir sedikit di riak wajahnya. Lelaki itu sedang mengerutkan dahi. Tengku Syahran masih tidak lepas merenung wajah isterinya. Wah, pandainya dia mengenakan aku. Jaga dia!

Laa..abang ingatkan Alia yang tak mahu beranak awal. Abang cakaplah macam tu. Alia pun bukannya nak beritahu abang yang Alia nak anak cepat. Tanpa diduga Tengkku syahran berkata.

Maknanya abang tak kisah ada anak dalam masa setahun ni?� soal Zahlia kepada Tengku syahran.

Biar benar perempuan ni! Suka-suka berjanji dengan mak aku. Kalau mak aku tuntut macam mana? Dahlah kahwin pun tak tentu hala,bisik hati Tengku syahran

Abang?� suara gemersik itu berbunyi.

Tengku syahran tersentak. Entah mengapa tiba-tiba Tengku syahran mengangguk. Tengku Badariah dan Tengku Ismail tersengih.

Mak bersyukur dapat menantu seperti Alia ni. Pandai Syah cari,� puji Tengku Badariah.

Zahlia tertawa kecil.

janganlah puji sampai macam tu mak. Malu Alia, jawab Zahlia malu-malu.

Tengku Ismail tersenyum melihat keramahan menantunya itu. Sedangkan Tengku syahran masih membisu mencari jawapan sebenar tentang permintaan Tengku Badariah tadi.

Okeylah mak, ayah. Alia naik dulu. Nak rehat. Lagi lama Alia kat sini, lagi kembang hati Alia dibuat mak, tambahnya.

Tengku Ismail dan Tengku Badariah ketawa.


To be continued..

(part 2) bicara hati

Majlis perkahwinan Tengku syahran dan Zahlia telah diadakan secara besar-besaran bagi meraikan kedatangan orang baru di Vila Sakura. Walaupun Tengku Badariah sedikit terkilan dengan keputusan anaknya mengahwini orang kebanyakan, namu dia terpaksa juga menerima hakikat tentang jodoh pertemuan di tangan yang Maha Esa.Kini dia redha dengan kehendak anak keduanya yang beria-ia minta dikahwinkan segera dengan pilihan hatinya.

Nak buat macam mana kalau dia dah suka? Ikutkan ajelah.Lagipun perempuan tu nampak dari golongan yang baik-baik.Emmm�.ada chancelah aku dapat cucu dalam setahun dua ni! Bisiknya di dalam hati.

Di kejauhan,kelihatan Tengku syahran sedang leka memerhati Zahlia yang berada di taman mini itu.Dia sedang rancak berbual dengan saudara mara yang rajin mengusik. Tengku syahran tersenyum.Pandai betul dia berlakon.Mujurlah dia pandai membawa diri. Bukan senang nak bergaul mesra dengan orang-orang kenamaan yang banyak kerenah,bisiknya.

Syah!!!!�

Tengku syahran tersentak apabila namanya dipanggil. Dia berpaling apabila bahunya dicuit.Abangnya, Tengku Hakimi sedang tersengih memandangnya.

Apahal kau tenung isteri kau tu lama-lama? Kalau ye pun sabar-sabarlah sikit, usik abangnya.

Along ni merepek ajelah!

Apa yang merepeknya.Hei,Along dah ada pengalaman tau! Kau ingat along tak nampak apa yang kau buat tadi? Perhatikan Alia macam nak telan. Along pun pernah rasa perasaan tu syah,� tambah Tengku Hakimi lagi.Tengku syahran bersikap selamba.

Along ni suka-suka nak mengata orang.

Along cakap ikut pengalaman.Kan Along lebih dulu makan garam,lebih dulu rasa nikmat rumah tangga, ujar Tengku Hakimi sambil membelai rambut Tengku Murni. Tengku syahran memandang wajah Tengku Murni.Cantik,macam mamanya Raja Jasmin. Namun dia berasa kasihan dengan Tengku Murni. Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih saying mama. Pada Tengku syahran,Raja Jasminlah yang bertanggungjawab di atas penderitaan abangnya dan anak buahnya itu.

TENGKU SYAHRAN duduk di birai katil yang dibaluti cadar baldu yang berwarna hijau lumut. Dia termangu seketika.Matanya terus merenung tubuh Zahlia yang sedang berdiri membelakanginya.Apakah jawapan yang harus kuberikan?Tengku syahran mati akal.

Syah, cakaplah cepat! Apa yang harus saya buat lagi? Hari tu awak kata caranya senang! Sekarang?�

Eh�janganlah jerit! Nanti orang dengar, marah Tengku syahran.

Ah,saya tak peduli! Awak memang nak perangkap saya. Ada niat lain awak mengahwini saya. Awak hanya mahu mengambil kesempatan ke atas diri saya,� jerit Zahlia lagi. Kali ini lebih kuat.Tengku syahran terkejut. Segera dia menerpa ke arah Zahlia.Mulut Zahlia ditekupnya dengan tapak tangan. Tubuh Zahlia ditolaknya tepat ke dinding.

Diam! Jangan jerit. Aku tak suka dengar.Aku benci dengar perempuan yang suka menjerit!

Zahlia terkesima dengan tindakan Tengku syahran.Bahasa lelaki itu bertukar kasar tiba-tiba. Wajahnya direnung begitu tajam sekali.Rasa ingin menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa.

Bila mereka Tanya,kau buka mulut.Bukannya susah!Aku dah bagi kau upah.Ingat surat perjanjian tu ada pada aku.Sekali kau buat silap,kau tahulah akibatnya.Aku akan tuduh kau perempuan bukan-bukan!ujar Tengku syahran berbaur ugutan.

Berlinang air mata Zahlia jatuh ke pipi.Dia cuba melepaskan diri.Tangan Tengku syahran ditepis kuat.

Don't you dare to touch me! Tolong hormati syarat-syarat yang patut awak patuhi.Zahlia sudah menangis teresak-esak.Segera dia mencapai tuala yang tergantung di penyidai dan terus melangkah ke bilik air.
Tengku syahran bergerak ke katil.merebahkan tubuhnya di situ.Dia cuba mententeramkan dirinya.Perlahan-lahan dia memejamkan mata.

Beberapa minit kemudian, Zahlia keluar dari bilik air setelah lengkap berpakaian. Baju kurung pesak yang baru dipakainya menyerlahkan lagi kulit kuning langsat miliknya.Cuma, kepalanya tidak dilitupi tudung seperti tadi kerana rambutnya basah.
Tengku syahran dilihatnya sedang baring di atas katil sambil lengannya diletakkan di atas dahi.Mata Tengku syahran yang terpejam terus terbuka apabila terdengar derap langkah yang berbunyi.Tengku syahran terpandang Zahlia.Terkesima sebentar dia melihat diri sebenar Zahlia.
Selama ini, dia hanya melihat keadaan Zahlia yang bertudung. Kini nafsu lelakinya tiba-tiba bergelora. Pandangannya masih tajam menjamah tubuh wanita yang sedang menghadap cermin.Rambut lurus Zahlia yang basah direnungnya lama.

Kenapa pandang saya macam tu?� soal Zahlia keras.

Gementar hati Zahlia melihat panahan mata nakal Tengku syahran menjamah tubuhnya. Namun, Zahlia pura-pura bersikap berani. Terus menyapu losyen di lehernya yang putih. Tengku syahran menelan air liur. Zahlia tidak peduli dengan renungan itu.
Kemudian Zahlia mencapai sejadah dan membentangkannya. Dia hendak menunaikan solat Asar.Tengku syahran masih lagi memerhatikan perbuatan Zahlia.Zahlia tidak ambil pusing dengan renungan itu.Dengan pantas dia mencapai tudung dan bersiap-siap untuk turun ke bawah. Zahlia terus melangkah ke arah pintu.Tengku syahran masih lagi terbaring di atas katil.Rimas dia melihat renungan lelaki itu.Lantas tombol pintu dipulasnya dan sebelum dia melangkah keluar,sempat dia berpesan.

Solat Asar jangan lupa.Nanti terlepas pulak!�


to be continued... ..

Thursday, January 7, 2010

bicara soal hati...rentetan "Bicara Hati"

Semua orang tahu hati itu seketul daging yang terdapat dalam tubuh badan setiap manusia. organ yang paling sensitif buat manusia. Disentuh atau tidak ia tetap akan
menunjukkan perasaannya.. Tengku Syahran dan Zahlia. Itulah nama watak utama dalam novel ni. Kahwin kontrak, cinta selepas kahwin, perbezaan darjat/keturunan dan latar belakang, hasad dengki, kasih yang terpisah. Kedengaran agak tipikal bagi isi dan tema kebanyakan novel cinta. Apa pun, aku berminat untuk menyentuh tentang TAKDIR. Takdir yang menyatukan Tengku Syahran dan Zahlia rentetan daripada sebuah kemalangan yang tidak disengajakan. Dan takdir juga sebenarnya telah lama menyatukan mereka berdua sebelum terjadinya perpisahan akibat wujud HATI yang tidak pernah jemu melihat kejatuhan orang lain. penuh dengan sense of humor dan tak lengkaplah novel cinta tu kalau tiada romantic scenes. seolah-olah aku benar-benar mengalami keperitan dan kesusahan sebagaimana yang digambarkan.

Berbalik pada soal TAKDIR dan HATI yang dibicarakan sebentar tadi. Sekadar mengambil contoh daripada novel Bicara Hati, point yang aku ingin perkatakan sebenarnya cuma mengenai takdir dan hati. Apa kaitannya takdir dan hati? Entahlah….aku pun tak dapat mentafsir kaitan takdir dan hati. Cuma..apa yang aku nampak dalam kehidupan aku takdir lah yang memberi aku cinta dan cita-cita. Ada orang kata manusia yang membentuk takdir diri mereka sendiri. Tapi aku percaya setiap manusia sebenarnya ada takdir mereka sendiri. Orang kata lagi, kita yang patut berusaha untuk mengubah takdir. Tak. Aku yakin sebenarnya takdir itu wujud dalam kehidupan seharian kita. Allah Taala dah tunjukkan takdir itu dalam setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup. Tinggal lagi usaha kita sahaja yang menentukan takdir itu milik kita atau tidak. Setiap perkara yang berlaku itu pasti ada mesejnya sendiri. Erm..apa yang aku cuba sampaikan ni??hehe Em..aku nak bercakap soal hidup aku. Soal cinta dan cita-cita. Fitrah manusia memang tak boleh lari daripada cinta. Sementelahan kewujudan manusia sendiri adalah hasil benih cinta dua jiwa yang bersatu. Cinta dalam hidup aku? Aku sendiri tak pasti siapa orang pertama yang aku suka..hehe..sebab sejak sekolah rendah sampai lah sekarang ramai sangat orang yang aku pernah suka.haha…DON’T YOU JUDGE ME! Apa-apa pun till now..aku masih mengagumi seseorang. she can be a good leader. And maybe a loving and caring mother/wife. Haha. Siapa dia? mak aku ler..

Cinta aku pulak..erm pertama dan mungkin yang terakhir hanya untuk dia. For real. Aku tak pernah ambil tahu kewujudan dia. Senang kata she’s not a part of my life. SEBELUM INI. Macam mana aku boleh jatuh hati pada dia? Aku percaya takdir yang menemukan kami dalam satu suasana jauh dari aku.tak pernah kenal sapa dia. jauh di sudut hati ingin menyentuhnya.bersua muka pn tak pernah kot..hehe... Suratan dan kebetulan. Em..tapi aku teramat yakin malah percaya 100% yang dia tak pernah ingat akan kebetulan ini yang akhirnya membuat aku mula menyedari akan kewujudan dia. bermula….mengejar cinta hati ku seringkali membuat aku terjatuh. Kadang-kadang hampir membuat aku berputus asa. Tapi sebab aku percaya satu perkara. Dia adalah takdirku. Aku bangkit demi cinta ini. Dan aku berjaya mendapatkannya. Perjalanan kami bermula dengan penuh liku. . Hari-hari yang dilalui menyaksikan susah senang perjalanan kami. Kadang-kadang bahagia. Kadang-kadang berduka. Aku tidak tahu di mana silapnya hingga hubungan kami kian rapuh hari demi hari... Hatiku dan hatimu. Mungkinkah kembali bersatu suatu hari nanti? Saat ini, aku dengan rela melepaskan dia, cintaku. Jikalau dulu sepenuh hatiku percaya dia adalah takdirku, kini hatiku semakin ragu..benarkah dia takdirku……benar kata orang, mencintai seseorang hanya memerlukan sehari tetapi memerlukan sepanjang hayat untuk melupakannya. Jauh di sudut hati aku masih yakin dialah takdirku. Bodohkah aku. Dulu, aku betul-betul berjuang demi mendapatkan cintaku. Kini..setelah segala kesusahan berjaya diharungi..mudahnya aku melepaskan dia. Mudah? Tidak! Dunia. Fahamilah aku. Aku tak mahu memaksa cintanya. Seperti kata orang. Jika kita benar-benar menyayangi seseorang, lepaskan dia pergi dengan rela. Dia adalah milikmu jika dia kembali padamu. Ya. Kerana aku sangat sayang dia…..aku tak mahu lagi memaksa. Biarlah dia sendiri tentukan pilihannya.

Hati. Kata hati. Aku mesti berusaha dapatkan semula cintaku. Tapi rasional fikiranku menghalang. Ada kata-kata menyebut ‘ikut hati mati’. Benarkah? Mungkin juga. Hati yang membentuk emosi. Emosi adalah kemudi pada tingkah laku jika akal gagal berperanan. Senang cerita, akal dan emosi harus bertindak seiring. Aku harap akal ku mampu menguasai hati atau emosi…..

(part 1) Bicara Hati

"Awak dah gila ke? awak ingat saya ni perempuan murahan?" marah Zahlia sambil membeliakkan mata. Tengku syahran berasa gerun melihat wajah bengis gadis yang bertudung di hadapannya itu. Nampak lembut tapi garang.

Tengku syahran masih ingat lagi peristiwa seminggu yang lalu. Kereta Honda Preludenya telah dilangar oleh kereta gadis itu. Tengku syahran sungguh geram. Ingin sahaja ditengking gadis itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Alia.
Dahlah hatiku tengah panas dengan kerenah mak yang suka-suka nak kawinkan kaku dengan Linda. Ini pulak, kereta kesayanganku kena balun,bisiknya.

:Tolonglah Cik Alia! Cik Alia jelah yang dapat tolong saya sekarang ni!" rayu Tengku syahran.
"Tapi... " Zahlia jadi serba salah.

Memang Zahlia terhutang budi dengan Tengku syahran kerana tidak meminta wang ketika keretanya dilanggar. Tapi takkanlah kerana ingin membalas budi,dia perlu mengorbankan hidupnya? Menjadi isteri buat lelaki yang baru dikenalinya seminggu yang lalu.

"Tolonglah Cik Alia, jadi isteri saya. Itu ajr permintaan saya!" Ayat itu masih tergiang-giang di telinganya.
"Arghh!!!!" Zahlia menjerit sambil menumbuk-numbuk meja yang berada di hadapannya. Biar satu dunia tahu dan dengar kebuntuannya ketika itu.

"Bagaimana? setuju? Kita kawin, bukan buat apa. Saya cuma nak minta tolong Cik Alia berlakon depn mak saya je. Saya janji takkan ganggu Cik Alia selepas segala-galanya selesai."

"Amboi-amboi senangnya awak cakap! Awak tu lelaki, bolehlah cakap macam tu. I'm a woman.Kalau apa-apa berlaku, lelaki mana yang nakkan saya lagi?" petah Zahlia menghuraikan hujah.

Tengku syahran terdiam seketika. Dia terlupa untuk memikirkan hal itu. Selama ini fikirannya kacau memikirkan paksaan emaknya yang mahu dia berkahwin dengan Linda. Tengku syahran tidakmahu menurut kerana Linda tidak dicintai.
"Mak mahu kamu berkahwin dengan Linda! Mak dah bincang dengan Dati Rohana dan dia setuju!" Permintaan emaknya kedengaran lagi.

Tengku syahran memicit-micitkan kpalanya. Tiba-tiba sahaja dia terasa pening. Otaknya berserabut lagi dan dia perlukan seseorang untuk meringankan beban itu.

"Encik syah! kalau awak nak buat keputusan, fikir dulu masalah yang akan timbul. Ini tak, main rempuh aje. Sorrylah... I can't accept your offer."
Zahlia Bingkas berdiri Dia berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu. Suka-suka hati dia nak ajak aku kahwin guna cara tu! Gila... dia ingat aku ni perempuan yang senang ditolak dan ditarik sesuka hati. Boleh blahlah!!!

"Cik Alia! saya betul-betul perlukan bantuan Cik Alia. Cik Alia mintalah berapa banyak wang yang Cik Alia mahu, saya sanggup bayar dengan syarat Cik Alia terima tawaran jadi isteri saya."
Zahlia terlopong mendengarnya. Ini dah kes berat. Nahas kalau mak aku tahu! Hatinya berdetik.
"Boleh?"

"Encik syah, please! Jangan paksa saya. Lelaki jenis apa awak ni? Awak ingat kahwin tu perkara main-main ke? Kalau ini caranya nak mencipta ikatan, baik tak usah. Saya tak mahu jadi seorang hamba yang dibenci Allah. Menganggap perkahwinan sesuatu yang boleh ditolak tepi" Panjang lebar Zahlia berkata seterusnya membuatkan Tengku syahran terdiam.

"Saya tahu tapi saya bingung. Saya tak mahu berkahwin dengan gadis pilihan mak saya. Saya dah masak dengan perangai dia!" Tengku syahran bersuara lemah.
"Tolonglah Cik Alia. Kita bernikah seperti biasa. Saya takkan ganggu hak privasi cik Alia. Perjanjian kita lakukan secara peribadi."
"Dan saya terjebak dalam keluarga awak?"

"Tak ada pilihan lain. Itu aje yang mampu saya minta dari awak,please!"Tengku syahran masih merayu.

Zahlia mengalihkan pandangannya ke luar restoran. Berharap ada seseorang yang lalu dan dapat membantunya ketika itu. Terbayang wajah puan Azizah di ruang mata. Teringat Razif yang masih terlantar sakit di hospital dan wajah lembut Fatimah bagaikan menggamit dirinya dengan persaaan berdebar.
"Cik Alia, tolonglah... ."

"Saya takut nak ambil risiko ni. Bagaimana saya nak tahu yang awak ni jujur? Sedangkan kita baru kenal seminggu. Lagipun saya tak pernah terfikir untuk berkahwin dalam waktu terdekat ni."

"Tapi Cik Alia... ."

"Tolong Encik Syah, jangan ganggu saya lagi. Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak tak mahu terima wang saya. Tapi saya tk mampu nak tolong... maafkan saya," ujar Zahlia sambil mula hendak melangkah pergi.

"Kalau saya tawarkan Cik Alia wang, Cik Ali sidu terima tak?" Tengku syahran masih tidak berputus asa. "Jangan ingat deng tawaran awak tu, saya akan terima! Perkahwinan apa kalau berdasarkan wang tapi kasih sayang tak ada? Baik awak cari perempuan lain. Saya bukan perempuan jenis itu. Saya takut hari akhirat," ujar Zahlia tenang.

Tengku syahran mengetap bibir. Dia tahu tentang itu. Bukan dia tidak belajar agama.Malah sejak kecil lagi dia telah diajar tentang hkum-hakam Allah. Sehingga guru agama dipanggil datan ke rumah untuk mengajarnya.
Tapi hari ini, Tengku syahran buntu. Dia terpaksa memikirkan sesuatu untuk menjaga perasaannya. Dia tidak mahu Linda bertamu dihatinya. Dia rela tidak berkahwin dari menjadi suami kepada perempuan yang gemar bertukar pasangan ketika di England dulu.
Masih jelas di ingatan,Linda bermesra dengan seorang lelaki inggeris di hadapan sebuah hotel sebelum kedua-duanya melangkah masuk ke dalam hotel itu. Malam esoknya, Linda kelihatan bersama lelaki lain pulan.
Apabila perkara itu disuarakan kepada Tengku Badariah,sedaya upaya emaknya mahu menyangkal. Tengku Badariah tidak percaya anak sahabatnya, Dati Rohana sanngup berbuat begitu. Malah yang paling mengejutka Tengku syahran dipaksa berkahwin dengan Linda.Inilah yang merunsingkan fikiran Tengku syahran sehinggakan dia terpaksa membuat keputusan yang drastik dengan mencari perempuan yang sudi menjadi isterinya.
Kebetulan ketika dia sedang melarikan iri dri kekalutan itu, kemalangan kecil berlaku dan Tengku syahran telahdiketemukan dengan Zahlia.Gadis yang dirasakan sesuai untuk membantunya. Namun, Tengku syahran kecewa apabila Zahlia menolak tawarannya. Serta-merta Tengku syahran terjelepok di atas lantai restoran itu. Zahlia terkejut dengan tindakannya itu. Beberapa pelanggan yang berada di situ juga turut memandang.

"Encik syah! apa awak buat ni? Hei, Bangunlah!" Serentak itu Zahlia terus menarik tangan Tengku syahran dan menuju ke meja yang ditinggalkan tadi. Zahlia melabuhkan punggungnya di hadapan lelaki itu semula. Wajahnya sudah mula nampak resah. Raut wajah itu telah membuatkan hati wanitanya sedikit terusik.

"Saya pernah nampak Linda masuk ke dalam hotel. Setiap malam dia bertukar pasangan.Saya tak mahu terikat dengan Linda.Dia perempuan yang tak pernah puas dengan hidup!" Hambar sungguh suara Tengku syahran ketika itu. Zahlia memasang telinga. Berkerut dahinya mendngar cerita yang baru diucap oleh Tengku syahran.
"Kalau saya tak tunjukkan perempuan lain kepada emak saya dalam waktu terdekat ini, saya tak ada pilihan lagi selain terpaksa bernikah dengan Linda. Mak saya tak pernah percaya dengan apa yang saya beritahu. Dia hanya pentingkan persahabatan!"

Zahlia mengetap bibir.Suara Tengku syahran yang mendatar membuatkan dia terharu.

"Bantulah saya... .saya sanggup menawarkan wang jika itu yang Cik Alia pinta sebagai balasan,"ujar Tengku syahran berharap pujukannya kali ini diterima. Zahlia menelan air liur.Fikirannya bercelaru sama ada mahu menerima atau tidak! ingatannya terus kepada Razif dihospital.
Tiba-tiba Zahlia mengeluh.Lamunannya terhenti.Mula mengingati situasinya ketika itu. Zahlia memerlukan wang untuk rawatan Razif.

"Baiklah encik syah! Saya terima tawaran awak itu.Tapi saya ada syarat yang perlu awak turuti." Akhirnya Zahlia memberikan persetujuan.

Tengku syahran mengangkat wajah dan terus merenung gadis bertudung putih itu. Anak mata gadis itu yang berwarna hazel ditatapnya lama. Cuba mencari cahaya keikhlasan dan akhirnya bibir Tengku syahran menguntum senyuman lega.
"Syarat pertama: saya tak mahu tinggal dengan famili awak selepas berkawin.Kita pindah dan cari rumah lain. Saya tak mahu pergerakan saya terbatas.
Syarat kedua; saya nak terus bekerja tanpa ada sekatan memandangkan kita hidup dengan duit masing-masing.
Syarat ketiga: tidur di bilik masing-masing demi menjaga kelakuan dan tindakan kita daripada hilang pertimbangan dan menjadi rapat. Awak tidak dibenarkan menyentuh tubuh saya,walaupun perkahwinan kita sah.Setuju?"Begitu panjang lebar Zahlia menyuarakan syaratnya.

Tengku syahran termenung seketika.Sekejap duduk.sekejap berdiri.Memikirkan syarat-syarat yang dikenakan oleh Zahlia.Akhirnya dia bersuara.
"Kenapa banyak sangat syarat?"

"Awak nak terima atau saya batalkan hasrat saya? Saya dah terima tawaran awak ni dah kira bagus.Atau... .."

"Okey..okey... saya setuju!"

"Kan senang.Hah! Satu lagi."

"Ada lagi?"

"Tentang duit yang awak tawarkan tadi. Saya rasa elok awak tentukan sendiri jumlahnya.Pasti awak dah dapat agak berapa jumlah nilai pengorbanan saya ni kan?Saya tak suka cakap banyak.Kalau boleh saya nak depositnya secepat mungkin"

Tengku syahran masih memikirkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Syarat kedua tu,tak kisahlah.Tapi syarat yang lain tu,macam mana aku nak ikut.Senang-senang nak suruh pindah.Ingat mak aku setuju?Dahlah kawin pun atas pilihan sendiri,mengamuk pulak orang tua tu nanti! Hatinya berkata-kata.

"Bagaimana Encik syah? Setuju atau tak?" soal Zahlia lagi.
tengku syahran mengetap bibir dan perlahan-lahan mengangguk lemah.

"Saya setuju.Tapi,saya pun ada syarat yang perlu cik Alia ikut.: kini giliran Tengku syahran pula mengenakan syarat.

"Awak pun ada syarat?' soal Zahlia separuh menjerit.

"Mestilah.Cik Alia kenakan saya tiga syarat dan saya hanya kenakan Cik Alia satu syarat aje."

"Apa dia?"

"Saya nak Cik Alia panggil saya dengan panggilan yang sesuai.Saya mahu watak yang bakal Cik Alia lakonkan berkesan.Okey?"

"Panggilan awak dengan pangilan yang sesuai? Nak panggil apa?"

"Panggilan isteri untuk seorang suami,"ujar tengku syahran.

"Apa?"

"Abang"
Zahlia tertelan air liur.Dia nak suruh aku panggil dia dengan panggilan tu? Hisy... .bagaimana aku nak sebut perkataan tu?Tak pernah terfikir nak sebut sampai macam tu sekali.Jiwanya meronta.

"Cik Alia setuju?"
Lama Zahlia terdiam tetapi akhirnya Zahlia mengangguk

"Kalau begitu,esok saya akan siapkan dokumen tentang syarat tu,"tambah Tengku syahran.
Zahlia mengangguk dan terus bangun.Kemudian dia melangkah dan pergi meninggalkan Tengku syahran setelah masing-masing mencapai kata sepakat.

Aduh! bagaimana ni?Apa aku nak cakap dengan mak kalau dia tanya kenapa nak pindah?Takkan nak bagi alasan nak hidup berdikari.Mak mesti tak abgi punya! Takut jadi macam alonglah... duduk jauh cepat bercerai.Itulah,inilah.Tengku syahran seolah-olah mengajum percakapan emaknya.

Tengku syahran menggeleng.Membisu sambil jari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja.Lama dia terdiam dan akhirnya tersenyum.Ah,pandai-pandailah elakkan diri dari syarat tu.Gunakan ayah sebagai orang tengah.Mesti perempuan tu akan kalah kalau ayah pujuk. Aku takkan pindah! Muktamad kata Tengku syahran. "Yes!:Tengku syahran tersenyum kecil.

to be continued...

Wednesday, January 6, 2010

hilang

tak de bahasa nak di lisankan mlm ni
penat sgt.. nite..

Hadapi dengan senyuman.

Aku tidak dapat mengubah manusia dari menjadi manusia. Manusia akan tetap lemah, sombong, tidak dapat diandalkan, tidak adil, munafik dan arogan. Dunia tetap akan duniawi. Dan aku tak dapat mengubahnya. Manusia akan selalu menuruti kecenderungan hati dan kebiasaannya. Dan sebab aku tidak dapat mengubah kepribadian mereka, tindakan yang paling bijaksana adalah untuk membiarkan saja mereka dan berusaha untuk menerima apa adanya. Aku tak kan membiarkan diri menjadi resah dan bingong saat aku melihat orang bertindak tidak adil dan tidak wajar. Beristirahatlah di dalam pelukan Tuhan. Dia melihat semuanya dengan lebih jelas daripada kita. Jadi, lakukanlah apa yang kita rasa kita harus lakukan, dengan tenang dan diam dan janganlah khawatir tentang hal-hal yang lain.

Hadis2 Rasullulah:
* "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".

( RW ABU NAIM )
* "Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam".

( RW BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya".( RW AT-TARMIZI )

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dgn diam. Jalan yg terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yg baik. Bicara yg baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kpd kekuatan iman pada diri manusia.

p/s Diam bukan bermaksud aku sudah kalah, tetapi cube mencari dan memperbaiki kesilapan diri. aku tidak kalah kalau terjatuh, tetapi aku kalah kalau tidak bangkit semula dari kejatuhan.

Friday, January 1, 2010

Takala dipaut rasa rindu...


Takala mengenang keindahan sawah yang terbentang ini membuatkan diri lebih waras berfikir akan reality kehidupan..

kenangan akan tetap tertusuk di hati... aku rindu semua ... teramat rindu....

Embun di mataku bersinar takala ku membuka kelopaknya... Ya Allah... aku terlalu rindu... takala mentari berlabuh... kau panjatkan sang bulan dihadapan ku... ku berkata-kata dengan mataku... kerana itu dia tidak pernah mengerti....bahawa....


p/s: sangat teringin menyentuhnya...

Thursday, December 31, 2009

rahsia dihati tak siapa yang tahu

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan rautmu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan......


tahun baru dunia baru...

assalamualaikum...

Alhamdulillah bila ingat Allah s.wt hati aku jadi lebih tenang... setiap sujud buat diri ini terlalu kerdil ... luntur segala keegoan yang terbuku dlm diri ini. . kehidupan yang baru di persekitaran yang baru buat aku lebih kenal erti nikmat kehidupan ni... aku mesti terus berjuang .. berjuang melawan diri sendiri sebelum aku pantas untuk mengejar orang lain. .

bile kite rasa semangat balik... jgnlah g pandang belakang.. pandang depan je... times is like a river. you canno touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again.. so enjoy every moment of life.. org yg selalu pandang belakang adalah org yg sengaja tak mahu berubah.. masih mengharapkan sesuatu yg mmg tak pasti.. hidup dlm bayangan dan kepura-puraan... jika tuan punya sendiri tidak mahukan perubahan dlm hidup.. apakan daya org lain yg ingin mengubahnya?? pokok pangkalnye hati.


betul.... aku kena berubah. aku bukannye lemah . byk benda y menanti aku dihadapan. keje2 office dah lame aku tinggal.. aku tak pernah ambik tau lansung pasal office.. tu je la satu2nya peninggalan arwah, tp aku x pernah hargai ape yg aku ada. aku sibuk dgn dunia aku. muzik..muzik...muzik... perempuan... itu yang membuat aku lemah. aku hanyut dengan permainan dunia yang sementara, padahal aku tau dah aku x kan dapat menggenggam semua tu... aku ditakdirkan untuk hidup sendiri. tapi aku tetap terus ego dgn kehendak diri. aku nak rasa disygi dan menyayangi.. di cintai dan menyintai.. tp semua tu x mungkin terjadi. dan aku terus berlagak dengan dunia sendiri tanpa aku sedari aku x mampu utk menggenggam semua tu...

pada malam tahun baru ni, aku harap kehidupan aku akan penuh bermakna , setiap detik waktu yang berputar aku akan terus bersama Mu.. setiap darah yang mengalir aku serahkan pada Mu..setiap titisan air mata ni hanya kerana kejahilan ku padaMu ya Allah..kerana Kau yang menciptakan dan Kau yang memisahkan aku dengan pentas lakonan Kau yang sementara ni.. aku berserah segalanya pada Mu.. jangan biarkan aku terhina lg...

ikan n tong tak pernah jauh dari aku... jadi mlm ni.. kita makan besar k... kfc untuk tong dan wespet utk ikan laga .. happy new year!!

ps: bulan purnama mlm ni.... lawa sungguh...

Tuesday, December 29, 2009

shorter entry

1)baru balik sabah semalam.

2)pindah duduk umah uncle.

3) hari ni start keje kat office uncle.

4)rindu kat kambing, ikan keli, kebun n sumeone...